Buku UKCG 2024 Sebagai Jaminan Lulus Ujian IPG

oleh Cikgu Khairul

Buku UKCG 2024 – Saya pasti anda mesti mendapat panggilan untuk menduduki ujian ukcg bukan? Bagaimana dengan persediaan anda?

Anda perlu buat persediaan sebaik mungkin kerana ujian ukcg ini sudah ramai calon digagalkan pada ujian sebelum ini.

Apa Buku Ujian UKCG?

Antara buku yang saya syorkan untuk dijadikan sebagai persediaan ialah buku rujukan terbitan Tim Cikgu Kerjaya. Dalam buku disertakan 300 contoh soalan mengikut format terkini ujian ukcg. 

Apa yang paling best, setiap soalan disertakan sekali dengan huraian jawapan. Ini penting dalam memastikan anda tahu apa sikap yang cuba dinilai disebalik setiap soalan yang ditanya.

buku ukcg

Sila klik butang di bawah untuk download

Kandungan Buku Ujian UKCG

Dalam buku ujian ukcg ini terdapat beberapa sub-topik. Antara dua sub-topik yang utama dalam buku ini ialah koleksi 300 soalan dan huraian jawapan pada setiap soalan.

Ada 300 Soalan

Tiga soalan di bawah ini merupakan sebahagian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam buku ini. Sila pastikan anda merujuk huraian jawapan bagi memastikan anda jelas apakah yang cuba diuji dalam setiap soalan.

Soalan 1: Saya tidak akan menghukum murid kerana saya bimbang murid itu akan membalas dendam.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 2: Guru yang bersifat lemah lembut, walaupun tegas, adalah sukar untuk mengawal disiplin muridnya.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Soalan 3: Sifat lemah lembut seseorang guru wanita yang cekap pula sesuai mengajar sekolah lelaki.

  • Sangat Setuju
  • Setuju
  • Tidak Setuju
  • Sangat Tidak Setuju

Untuk pengetahuan anda, setiap jawapan yang anda pilih nanti bakal mencorakkan perwatakan sebenar anda. Jadi satu keperluan kepada anda untuk tahu sikap apa yang sebenarnya hendak dicungkil dalam setiap soalan. 

Jika tidak, anda bakal terjerat dalam soalan perangkap dalam ujian ukcg ini.

Disertakan Huraian Jawapan

Jadi bagaimana nak memastikan diri tak terjerat dengan soalan perangkap ini? Anda jangan risau. Dalam buku ujian ukcg ini disertakan sekali dengan huraian jawapan. 

Contohnya soalan di bawah ini.

Soalan 4: Apabila berhadapan dengan pertanyaan yang sukar dari murid, saya biasanya ____.

  • menjawab sebaik mungkin dengan pengetahuan saya.
  • mengakui saya tidak tahu dan mencari jawapannya bersama-sama.

Huraian: Kalau anda nak tahu, unsur yang cuba dicungkil dalam soalan ini ialah unsur keterbukaan. Bagi individu yang mempunyai skor keterbukaan yang rendah, mereka cenderung untuk memilih jawapan A. Mereka cenderung untuk bergantung pada pengetahuan sedia ada mereka, dan cuba menjawab soalan sebaik mungkin tanpa mengakui keterbatasan pengetahuan mereka. Bagi individu yang mempunyai skor keterbukaan yang tinggi pula, mereka lebih cenderung untuk memilih jawapan B. Mereka mengakui keterbatasan pengetahuan mereka dan melihat pertanyaan yang sukar dijawab itu sebagai peluang untuk belajar bersama-sama dengan murid. Jika dinilai kepada personaliti ideal seorang guru, jawapan B adalah paling mencerminkan personaliti seorang pendidik.

Sila klik butang di bawah untuk download

Snapshot Kandungan Ebook

Sila klik butang di bawah untuk download

Copyright © 2024 Ujian UKCG
Disclaimer Privacy Policy Terms & Conditions