Apabila Berhadapan Dengan Pertanyaan Yang Sukar Dari Murid, Saya Biasanya

Jika anda mendapat soalan ini semasa ujian ukcg, apakah jawapan anda? Ramai calon keliru dengan jawapan kepada soalan ini. Tak tahu nak pilih yang mana.

Soalan 1: Apabila berhadapan dengan pertanyaan yang sukar dari murid, saya biasanya ____.

A. menjawab sebaik mungkin dengan pengetahuan saya.
B. mengakui saya tidak tahu dan mencari jawapannya bersama-sama.

Sila berhati-hati dengan soalan ini, kerana ia dapat mencerminkan karakter diri anda tanpa anda sedari.

Soalan Nak Uji Apa?

Kalau anda nak tahu, unsur yang cuba dicungkil dalam soalan ini ialah unsur keterbukaan.

Bagi individu yang mempunyai skor keterbukaan yang rendah, mereka cenderung untuk memilih jawapan A.

Mereka cenderung untuk bergantung pada pengetahuan sedia ada mereka, dan cuba menjawab soalan sebaik mungkin tanpa mengakui keterbatasan pengetahuan mereka.

Bagi individu yang mempunyai skor keterbukaan yang tinggi pula, mereka lebih cenderung untuk memilih jawapan B.

Mereka mengakui keterbatasan pengetahuan mereka dan melihat pertanyaan yang sukar dijawab itu sebagai peluang untuk belajar bersama-sama dengan murid.

Jawapan Mencerminkan Personaliti Guru

Jika dinilai kepada personaliti ideal seorang guru, jawapan B adalah paling mencerminkan personaliti seorang pendidik.

Dengan mengakui mereka tidak tahu jawapan kepada sesuatu soalan, guru menunjukkan kejujuran dan kerendahan hati. Ini adalah sifat-sifat penting bagi seorang guru, kerana ia menunjukkan mereka tidak perlu berpura-pura mengetahui segala-galanya dan boleh menjadi contoh yang baik kepada murid.

Guru Sebagai Model

Tambahan lagi, guru merupakan model kepada pembelajaran sepanjang hayat. Ini dapat menunjukkan kepada murid bahawa pembelajaran adalah proses yang berterusan, dan tidak berakhir apabila seseorang menjadi dewasa atau menjadi guru.

Anda Belajar Sesuatu?

Anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Dan mahukan lagi extra soalan dan huraian seperti ini? Sila klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *