Guru Yang Bersifat Lemah Lembut, Walaupun Tegas, Adalah Sukar Untuk Mengawal Disiplin Muridnya

Jika anda mendapat soalan ini semasa ujian ukcg, apakah jawapan anda? Ramai calon keliru dengan jawapan kepada soalan ini. Tak tahu nak pilih yang mana.

Soalan 1: Guru yang bersifat lemah lembut, walaupun tegas, adalah sukar untuk mengawal disiplin muridnya.

A. Setuju
B. Tidak setuju

Sila berhati-hati dengan soalan ini, kerana ia dapat mencerminkan karakter diri anda tanpa anda sedari.

Soalan Nak Uji Apa?

Kalau anda nak tahu, unsur yang cuba dicungkil dalam soalan ini ialah unsur kebersetujuan. Adakah diri anda lebih cenderung ke arah sikap kebersetujuan ataupun sebaliknya.

Apa Itu Kebersetujuan?

Kebersetujuan merujuk kepada kecenderungan individu untuk berbelas kasihan, bekerjasama, dan mengutamakan keharmonian dalam hubungan interpersonal.

Individu dengan skor tinggi dalam kebersetujuan cenderung baik hati, pemaaf, empati, dan gemar membantu orang lain.

Manakala individu dengan skor rendah pula cenderung terus terang, suka persaingan, dan mengutamakan keperluan diri sendiri berbanding orang lain.

Di mana kecenderungan ini tidak menepati konsep guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.

Skor Tinggi Dan Rendah

Bagi individu yang mempunyai skor kebersetujuan yang rendah, mereka cenderung untuk memilih jawapan ‘tidak setuju’.

Mereka percaya bahawa sifat lemah lembut tidak semestinya menghalang guru daripada mengawal disiplin murid dengan berkesan. Ini mencerminkan pendekatan yang lebih tegas, yang merupakan ciri kebersetujuan skor rendah.

Bagi individu yang mempunyai skor kebersetujuan yang tinggi pula, mereka lebih cenderung untuk memilih jawapan ‘setuju’.

Individu dengan kebersetujuan tinggi mungkin menghadapi kesukaran untuk bersikap tegas atau mengenakan disiplin, kerana mereka lebih cenderung untuk mengelakkan konflik.

Mereka mungkin lebih selesa dengan pendekatan yang lebih lembut atau diplomasi dalam menangani isu disiplin.

Jawapan Mana Yang Terbaik?

Soalan ini sebenarnya tidak bertujuan nak tahu siapa yang bersifat lebih baik, tapi ia digunakan dalam mencungkil kecenderungan sikap kebersetujuan dalam diri individu sahaja.

Pendapat anda terhadap soalan ini bakal mencerminkan tahap sikap kebersetujuan dalam diri anda. Bagi anda yang rendah dalam sikap kebersetujuan, tapi cuba untuk mengada-adakan sikap kebersetujuan dalam diri, saya pasti anda akan terperangkap dengan soalan ini.

Jika dinilai kepada personaliti guru yang ideal, kecenderungan ke arah sikap kebersetujuan skor tinggi adalah paling menepati ciri-ciri seorang pendidik. Oleh itu, jawapan A adalah lebih menepati kriteria ini.

Belajar Sesuatu?

Anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Dan mahukan lagi extra soalan dan huraian seperti ini? Sila klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *