Empat Fakta Penting Ujian UKCG Wajib Calon Ketahui

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) merupakan salah satu syarat penting bagi calon yang berhasrat untuk menjadi pendidik di Malaysia. Ujian ini bertujuan untuk menilai sama ada calon mempunyai karakter yang sesuai sebagai seorang pendidik.

4 Fakta Penting Ujian UKCG

Berikut adalah beberapa fakta penting mengenai e-UKCG yang perlu diketahui oleh setiap calon. Di mana boleh mempengaruhi keputusan calon sekiranya mereka tidak ambil tahu.

Pertama, soalan e-UKCG terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bahagian A yang mengandungi 120 soalan dan bahagian B yang mempunyai 60 soalan. Kedua-dua bahagian ini akan digunakan untuk mencungkil karakter sebenar diri calon adakah bertepatan dengan karakter seorang pendidik.

Kedua, calon diwajibkan untuk menjawab kesemua soalan dalam tempoh 45 minit secara online. Peruntukan masa adalah 30 minit untuk bahagian A dan 15 minit untuk bahagian B. Calon perlu mengatur masa dengan bijak bagi memastikan semua soalan dapat dijawab dengan baik dalam tempoh yang ditetapkan.

Ketiga, calon hanya dibenarkan untuk menjawab e-UKCG sekali sahaja dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, calon perlu membuat persediaan yang rapi dan memastikan sambungan internet mereka berada dalam keadaan yang baik sebelum menduduki ujian ini.

Akhir sekali, kehadiran adalah kriteria penting dalam e-UKCG. Sekiranya calon gagal untuk menghadirkan diri untuk menjawab ujian secara online pada masa yang telah ditetapkan, mereka akan dianggap gagal dalam peringkat saringan. Ini bermaksud, calon terpaksa menunggu sesi pengambilan tahun seterusnya jika masih ingin menjadi guru.

Akhir Kalam

Kesimpulannya, e-UKCG merupakan ujian yang amat penting bagi calon yang ingin menceburi bidang pendidikan di Malaysia. Ujian ini bertujuan untuk memastikan hanya calon yang mempunyai karakter yang sesuai sahaja akan dipilih untuk menjadi pendidik.

Pss.. saya ada sediakan 300 soalan e-UKCG, berserta dengan huraian jawapan. Setiap soalan ada karakter ‘special’ cuba dicungkil, saya kongsikan apakah karakter itu kepada anda. Boleh klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *