Saya Dah Jawab Positif, Tapi Kenapa Masih Gagal?

“Cikgu, setiap kali saya dapat panggilan ujian ukcg, saya dah jawab positif sehabis mungkin dah. Tapi tak pernah pun nak lulus. Tak tahu dah nak jawab positif macam mana lagi”

– calon ukcg.

Antara salah faham terbesar dalam ujian ukcg ialah calon fikir ujian ini nak uji kebolehan mereka dalam memilih jawapan paling positif. Makin positif jawapan, makin tinggi peluang nak lulus.

Betul Ke Macam Tu?

Sebenarnya salah pemahaman macam tu.

Objektif ujian ini dibuat hanyalah nak mendapatkan data personaliti calon sahaja. IPG nak kenal bagaimana karakter sebenar calon, bagaimana perangai sebenar calon. Sama ada calon itu positif ataupun negatif, itu bukanlah faktor utama untuk lulus atau gagal dalam ujian ini.

Selagi karakter diri anda bersesuaian dengan karakter yang dikehendaki oleh ketua jabatan, dekat situ anda ada peluang nak lulus.

Sekiranya karakter diri anda tak menepati kriteria yang dikehendaki oleh ketua jabatan, anda jawab positif tahap dewa sekalipun tetap akan digagalkan.

Jom tengok dua contoh soalan ni bagi memudahkan pemahaman anda.

Soalan 1: Sebagai seorang guru, saya sentiasa bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan menerima cabaran baharu dalam kerjaya saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju

Soalan 2: Sebagai seorang guru, saya lebih selesa dengan rutin dan struktur yang konsisten dalam amalan pengajaran saya.
A. Setuju
B. Tidak setuju

Kalau tengok pada dua soalan di atas ini memang positif kan? Tapi hati-hati, sebab karakter yang terdapat dalam dua soalan ini saling berlawanan antara satu sama lain.

Kenapa?

Kalau anda nak tahu, dua soalan ini cuba mencungkil dua karakter. Dan dua karakter ini bersifat kontra antara satu sama lain.

Karakter 1: Cenderung ke arah fleksibel. Ciri: spontan, bebas, santai, adaptasi.

Karakter 2: Cenderung ke arah ketetapan. Ciri: perancangan, terurus, berjadual, kepastian.

Inilah yang saya maksudkan tentang objektif ujian ini, ia satu mekanisma yang berfungsi untuk mencungkil personaliti diri anda yang sebenar.

“Apa akan jadi kalau saya bersetuju dengan kedua-dua soalan ini cikgu?”

Kesannya pendirian anda akan terganggu. Apabila pendirian anda terganggu, jawapan anda pun tak akan konsisten. Jawapan akan menghasilkan satu profil karakter yang saling bercanggah antara satu sama lain. Boleh nampak dengan jelas anda tidak ada pendirian dalam diri anda.

Kejap cenderung ke arah fleksibel, kejap lagi cenderung ke arah tak fleksibel. Langsung tak ada pendirian. Seperti sedang cuba menyembunyikan sesuatu.

Karakter Mana Paling Baik?

“Habis tu cikgu, karakter mana paling baik? Karakter fleksibel ke cikgu?”

Ini merupakan satu soalan paling kerap ditanyakan kepada saya apabila saya buat perbandingan karakter. Ia berpunca daripada calon yang tak faham bagaimana ujian ukcg ini berfungsi.

Sebenarnya tak wujud mana-mana karakter yang bersifat lebih baik. Sebab setiap karakter mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka tersendiri.

Yang menentukan seseorang calon itu lulus atau gagal bukan disebabkan karakter diri mereka itu positif ataupun negatif. Tapi disebabkan oleh sejauh mana karakter diri mereka menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Lain Jawatan, Lain Karakter

Setiap jawatan mempunyai kriteria karakter yang berbeza-beza dengan jawatan lain. Persoalannya sekarang, ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersifat fleksibel ataupun bersifat ketetapan untuk jawatan kali ini?

Jika ketua jabatan mahukan calon yang bersifat fleksibel, calon yang bersifat ketetapan akan digagalkan untuk ujian kali ini. Dan begitulah sebaliknya.

Untuk jawatan seorang guru, saya ada terangkan karakter yang dicari dalam ebook 300 soalan ukcg. Anda boleh baca bagaimana karakter fleksibel dan ketetapan ini boleh mempengaruhi keputusan lulus atau gagal seseorang calon.

Akhir Kalam

Walaupun jawapan positif, bukanlah menjadi penyebab utama untuk lulus dalam ujian ukcg. Selagi jawapan anda menepati kriteria seorang pendidik yang ditetapkan oleh IPG, selagi itu ada peluang untuk lulus.

Pss.. saya ada sediakan 300 soalan UKCG, berserta dengan huraian jawapan. Setiap soalan ada karakter ‘special’ cuba dicungkil, saya kongsikan apakah karakter itu kepada anda. Boleh klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *