Apakah Itu Ujian UKCG? Ini Perkara Wajib Anda Tahu.

Apa itu UKCG? – Dalam dunia pendidikan, proses pemilihan guru merupakan langkah penting yang menentukan kualiti dan integriti sistem pendidikan sesebuah negara. Di Malaysia, salah satu ujian yang digunakan untuk tujuan ini ialah UKCG.

Apa Itu UKCG?

UKCG merupakan singkatan daripada Ujian Kelayakan Calon Guru. Ia adalah sebuah ujian yang dijalankan untuk menilai minat dan personaliti seseorang calon guru. Ia bukan sahaja mengukur pengetahuan subjek atau kemahiran teknikal, tetapi lebih menumpu kepada aspek-aspek personaliti dan minat yang menentukan sama ada seseorang itu sesuai untuk menjadi seorang pendidik ataupun tidak.

Tujuan UKCG

Tujuan utama UKCG adalah untuk memastikan calon guru yang dipilih mempunyai sifat-sifat yang diperlukan dalam profesion perguruan. Ini termasuk sifat kesabaran, dedikasi, kemampuan untuk memotivasi pelajar, dan banyak lagi.

Ujian ini membantu mengenal pasti individu yang mempunyai potensi untuk menjadi guru yang berdedikasi dan memberi sumbangan positif kepada komuniti sekolah.

Mengapa UKCG Penting?

Seorang guru memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan murid. Oleh itu, memastikan guru-guru yang dipilih mempunyai sifat dan minat yang sesuai adalah sangat pentinf. UKCG membantu dalam proses ini dengan menyediakan mekanisme untuk mengenal pasti calon yang paling sesuai dengan profesion ini.

Fakta Penting Tentang UKCG

Di bawah ini merupakan empat fakta penting perlu anda tahu tentang ujian ukcg.

  • Soalan terdiri daripada dua bahagian:
    • Bahagian A (120 soalan)
    • Bahagian B (60 soalan)
  • Calon mesti menjawab dalam tempoh 45 minit secara online:
    • 30 minit untuk bahagian A
    • 15 minit untuk bahagian B
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara online pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Kesimpulan

UKCG adalah alat penting dalam sistem pendidikan Malaysia, memastikan calon guru yang dipilih bukan sahaja mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, tetapi juga personaliti dan minat yang sesuai.

Melalui ujian ini, sistem pendidikan negara berusaha untuk memastikan setiap guru adalah seorang yang berkelayakan dan berdedikasi dalam tugas mereka.

Pss.. Adakah anda masih kurang yakin jawapan anda sudah menepati karakter seorang guru? Saya ada huraikan karakter dalam setiap soalan. Klik butang di bawah untuk baca.