Guru Yang Bersifat Lemah Lembut, Walaupun Tegas, Adalah Sukar Untuk Mengawal Disiplin Muridnya

Jika anda mendapat soalan ini semasa ujian ukcg, apakah jawapan anda? Ramai calon keliru dengan jawapan kepada soalan ini. Tak tahu nak pilih yang mana.

Soalan 1: Guru yang bersifat lemah lembut, walaupun tegas, adalah sukar untuk mengawal disiplin muridnya.

A. Setuju
B. Tidak setuju

Sila berhati-hati dengan soalan ini, kerana ia dapat mencerminkan karakter diri anda tanpa anda sedari.

Soalan Nak Uji Apa?

Kalau anda nak tahu, unsur yang cuba dicungkil dalam soalan ini ialah unsur kebersetujuan. Adakah diri anda lebih cenderung ke arah sikap kebersetujuan ataupun sebaliknya.

Apa Itu Kebersetujuan?

Kebersetujuan merujuk kepada kecenderungan individu untuk berbelas kasihan, bekerjasama, dan mengutamakan keharmonian dalam hubungan interpersonal.

Individu dengan skor tinggi dalam kebersetujuan cenderung baik hati, pemaaf, empati, dan gemar membantu orang lain.

Manakala individu dengan skor rendah pula cenderung terus terang, suka persaingan, dan mengutamakan keperluan diri sendiri berbanding orang lain.

Di mana kecenderungan ini tidak menepati konsep guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi orang lain.

Skor Tinggi Dan Rendah

Bagi individu yang mempunyai skor kebersetujuan yang rendah, mereka cenderung untuk memilih jawapan ‘setuju’.

Ini disebabkan mereka mempunyai pandangan yang lebih kritikal terhadap sifat lemah lembut, dan lebih percaya kawalan disiplin memerlukan pendekatan yang tegas, bahkan dominan.

Mereka mungkin menganggap sifat terlalu bertolak ansur atau terlalu diplomatik sebagai penghalang kepada keberkesanan dalam pengurusan tingkah laku pelajar.

Sebaliknya, bagi individu yang mempunyai skor kebersetujuan yang tinggi, mereka lebih cenderung untuk memilih jawapan ‘tidak setuju’.

Mereka percaya sifat lemah lembut tidak semestinya melemahkan keupayaan seorang guru dalam mengawal disiplin. Malah, mereka melihat empati, diplomasi, dan hubungan yang baik sebagai asas penting dalam mendidik dan membentuk tingkah laku pelajar.

Individu ini lebih selesa dengan pendekatan yang menyokong keharmonian sosial dan mengelakkan konfrontasi.

Jawapan Mana Yang Terbaik?

Soalan ini sebenarnya tidak bertujuan nak tahu siapa yang bersifat lebih baik, tapi ia digunakan dalam mencungkil kecenderungan sikap kebersetujuan dalam diri individu sahaja.

Pendapat anda terhadap soalan ini bakal mencerminkan tahap sikap kebersetujuan dalam diri anda. Bagi anda yang rendah dalam sikap kebersetujuan, tapi cuba untuk mengada-adakan sikap kebersetujuan dalam diri, saya pasti anda akan terperangkap dengan soalan ini.

Jika dinilai kepada personaliti guru yang ideal, kecenderungan ke arah sikap kebersetujuan skor tinggi adalah paling menepati ciri-ciri seorang pendidik. Oleh itu, jawapan B adalah lebih menepati kriteria ini.

Belajar Sesuatu?

Anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini? Dan mahukan lagi extra soalan dan huraian seperti ini? Sila klik butang di bawah untuk download.

2 thoughts on “Guru Yang Bersifat Lemah Lembut, Walaupun Tegas, Adalah Sukar Untuk Mengawal Disiplin Muridnya”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.