Berapa Markah Lulus Ujian UKCG?

Berapa markah lulus ujian UKCG IPG? Mungkin inilah yang anda cari kan? Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan kepada anda berapakah markah lulus sebenar ujian UKCG pada tahun ini.

Berapa Markah Lulus Ujian UKCG?

Markah lulus bergantung kepada skor kesemua calon. Skor calon yg paling tinggi akan dijadikan benchmark untuk setiap intake, dan ujian ini bersifat persaingan.

Calon perlu bersaing satu sama lain untuk lulus dalam ujian ini. Hanya calon yang terbaik dari yang terbaik sahaja akan diluluskan.

Bermaksud, walaupun seseorang calon itu menepati karakter seorang guru sekalipun, disebabkan ada calon lain yang lebih tinggi skor dari dia, itu juga boleh jadi punca kenapa calon ini tak lulus dalam ujian ini.

Sebenarnya, anda tak perlu tahu pun berapa markah lulus ini. Sebagai calon, anda hanya perlu skor setinggi mungkin sahaja. Nak dapat skor paling tinggi, kena tahu dulu karakter apa yang dicari dalam ujian ini.

Dalam ebook 300 soalan, saya sertakan sekali dengan huraian jawapan. Nanti anda boleh tahu apakah karakter yang cuba dicungkil dalam setiap soalan.

Tiga Perkara Mempengaruhi Markah Lulus

Lulus atau gagal dalam ujian UKCG bergantung sepenuhnya kepada tiga perkara utama, iaitu:

  1. Perwatakan Calon Menepati Perwatakan Guru
  2. Kekosongan Jawatan
  3. Tahap Kerjasama Calon

Bagaimana perwatakan jawatan, kekosongan jawatan dan tahap kerjasama calon ini boleh mempengaruhi markah lulus ujian UKCG? Jom saya kongsikan bagaimana tiga perkara boleh menjadi penyebab utama.

Perwatakan Calon Menepati Perwatakan Guru

Untuk pengetahuan anda, ujian UKCG ini dijalankan apabila terdapat kekosongan jawatan dalam sistem perguruan. Pihak IPG ini pula adalah agensi untuk merekrut calon.

Jadi, pihak IPG bertanggunjawab untuk mencari calon-calon yang mereka kehendaki bersesuaian dengan skop tugasan jawatan yang ada kekosongan itu.

Ramai calon beranggapan nak lulus ujian UKCG ini, calon kena selalu berperwatakan positif. Ya, memang perkara itu betul.

Tapi, ujian ini bukanlah nak mencari calon yang bersikap positif semata-mata. Jom saya kongsikan kenapa saya berkata demikian.

Jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang menepati masa, anda perlu tonjolkan sikap menepati masa bagi memastikan anda boleh lulus ujian ini.

Nanti soalan akan menguji anda adakah anda mempunyai sikap menepati masa ataupun tidak. Contoh soalannya seperti di bawah ini:

Soalan 1: Saya menunggu semua rakan sebelum memulakan sesuatu aktiviti walaupun sudah kelewatan masa.

A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tidak Pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah

Jika pernyataan ini dinilai daripada sudut penilaian menepati masa, anda menyokong bermaksud anda tiada sikap menepati masa. Jika anda membangkang pula, itu membuktikan anda seorang yang menepati masa.

Peluang untuk lulus memang tinggi jika anda membangkang pernyataan ini kerana ianya menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Tapi, apa akan jadi jika ketua jabatan mahukan seorang calon yang mempunyai semangat kerjasama dalam kumpulan? Jika anda membangkang pernyataan ini, anda akan gagal secara automatik.

Jika anda menyokong pula anda ada peluang yang tinggi untuk lulus. Anda lulus disebabkan menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh ketua jabatan.

Kekosongan Jawatan

Untuk ujian UKCG, berapa ramai calon dipanggil ke peringkat temuduga bergantung kepada kekosongan jawatan. Selalunya menggunakan nisbah 1:10.

Jika ada 1 kekosongan jawatan, 10 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga. Jika ada 100 kekosongan jawatan, 1,000 calon akan dipanggil ke peringkat temuduga.

Jadi, bukanlah bermaksud anda perlu dapatkan markah 80% atau 90% baru lulus ujian ini. Jika banyak kekosongan, peluang untuk anda lulus memang tinggi sekiranya menepati ciri-ciri yang dicari oleh ketua jabatan.

Sebaliknya, jika kekosongan jawatan sedikit, contohnya tiga kekosongan, anda terpaksa bersaing dengan calon yang lain. Hanya calon yang terbaik daripada yang terbaik sahaja yang akan lulus.

Bilangan Calon

Setiap kali adanya panggilan exam online, mesti akan ramai calon yang akan dipanggil. Exam kerajaan ni mudah je nak tahu calon yang dipanggil tu ramai atau tak, tengok pada berapa sesi atau berapa hari ujian dijalankan.

Kalau sehari, itu bermaksud calon dipanggil sedikit, kalau 2 hari ke atas, tu bermaksud terdapat ramai calon yang dipanggil. Paling sikit pun dalam 10,000 calon bakal dipanggil untuk mengambil exam.

Dalam 10,000 orang tu pula, tak semua pun akan jawab exam. Selalunya dalam 70% sahaja yang akan jawab exam nanti. Mungkin sebab tak berminat, atau mungkin sebab tak tahu ada panggilan exam, ataupun terlupa.

Jika diambil 70% ini yang jawab exam, bermaksud 7,000 calon akan mengambil exam. Andaikata kekosongan jawatan ada 10 orang, bagaimana daripada calon 7,000 orang tadi nak ditapis menjadi 10 orang?

Ketika inilah, pihak IPG akan memilih calon yang terbaik daripada yang terbaik. Jika calon yang menepati ciri-ciri dikehendaki oleh ketua jabatan ada 1,000 orang, jumlah calon itu akan ditapis dan dikecilkan kepada 500 orang.

Selepas dah dapat calon 500 orang tu, jumlah tapisan itu akan ditapis sekali lagi sehingga menjadi 100 orang sahaja. Calon perlu bersaing sesama mereka. Hanya terbaik sahaja akan lulus ujian ini nanti.

Tahap Kerjasama Calon

Ini merupakan perkara paling susah calon nak buat, iaitu memberi kerjasama yang baik. Mereka tahu sikap kerjasama ini penting kalau nak kerja dalam bidang perguruan. Tapi jawapan mereka itu sendiri tidak mencerminkan seorang yang boleh bekerjasama.

Anda tahu tak apa kerjasama yang saya maksudkan itu?

Okey macam ni..

Objektif ujian UKCG adalah nak tahu siapakah calon yang sebenar. Maksudnya, bagaimana rupa sebenar perangai seseorang calon itu sebetul-betulnya.

Disebabkan calon tidak bagi kerjasama yang baik, jawapan mereka itu tidak tepat membentuk personaliti mereka yang sebenar.

Antaranya ialah calon suka mewujudkan personaliti yang tak wujud dalam diri mereka. Mereka cuba mencipta personaliti palsu dengan harapan jawapan mereka itu boleh menunjukkan mereka ini seorang yang berwatakan positif.

Apabila terlalu banyak personaliti palsu cuba dicipta, profil personaliti yang terhasil daripada jawapan itu akan jadi bercelaru. Sama seperti individu yang mengalami masalah kecelaruan identiti. Boleh nampak dengan jelas personaliti yang terhasil itu tidak mempunyai pendirian.

Antara soalan UKCG sebelum ini yang boleh mempengaruhi calon daripada memberikan kerjasama yang baik.

Soalan 2: Menang dalam pertandingan membuatkan saya lebih berasa hebat.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 3: Saya rasa jemu apabila orang tidak beri perhatian.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Soalan 4: Saya lebih suka bersuka-suka dalam pertandingan badminton.

A. Sangat Tidak Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
D. Setuju
E. Sangat Setuju

Jika calon tak bagi kerjasama yang baik, ujian ini tidak akan mampu membentuk profil personaliti yang betul-betul tepat. Maksud tidak bagi kerjasama itu ialah calon cuba mengada-ada personaliti yang tak wujud dalam diri mereka. Ataupun calon cuba menyembunyikan personaliti diri mereka yang sebenar.

Disebabkan ujian ini dinilai berdasarkan kecenderungan personaliti seseorang calon, kesan buruknya ialah profil yang bakal dibentuk nanti tidak akan mencerminkan profil personaliti sebenar.

Profil ini amat penting dalam ujian UKCG. Ianya akan digunakan dalam menentukan kesesuaian perwatakan seseorang terhadap jawatan guru yang dia mohon.

Apa Nak Buat Sekarang?

Tak boleh la berharap banyak kekosongan jawatan, tak boleh lah berharap semoga-moga exam nanti calon hadir sedikit. Sebab itu perkara yang anda tak boleh kawal. Apa yang perlu anda buat ialah buat persiapan sebaik mungkin.

Saya harap dengan perkongsian berapa markah lulus ujian UKCG ini boleh membantu anda dalam menghadapi ujian nanti.

Pss.. saya ada sediakan 300 soalan UKCG, berserta dengan huraian jawapan. Setiap soalan ada karakter ‘special’ cuba dicungkil, saya kongsikan apakah karakter itu kepada anda. Boleh klik butang di bawah untuk download.