Salah satu kategori soalan yang diwujudkan dalam ujian UKCG sahaja, iaitu soalan berkaitan dengan hobi dan cita-cita.
Antara soalan yang pernah dimasukkan dalam ujian UKCG tahun lepas ialah:
- Saya suka memasak.
- Saya suka menjaga kanak-kanak.
- Saya suka mengumpul bunga.
- Saya suka sajak.
- Saya ingin menjadi tentera.
- Saya ingin menjadi penyanyi.
- Saya ingin menjadi jururawat.
- Saya ingin menjadi mekanik.
Yang menariknya, kesemua soalan tak ada kaitan langsung dengan skop tugas seorang guru. Walaupun tak berkaitan dengan tugas, tak semestinya soalan tak mencerminkan karakter seorang guru.
Dalam 8 soalan itu, soalan manakah menepati karakter seorang guru?
Soalan 2: Saya suka menjaga kanak-kanak.
A. Ya
B. Tidak
Soalan ‘saya suka menjaga kanak-kanak’ adalah paling menepati karakter seorang guru.
“Tapi kenapa cikgu? Kerja guru ni bukan kena jaga kanak-kanak pun. Guru bukannya pengasuh”.
Ya memang tak ada kaitan langsung dengan skop jawatan. Tapi ini merupakan soalan psikologi. Apabila berkaitan dengan psikologi, setiap soalan bakal mencerminkan suatu karakter.
Persoalannya sekarang, apakah karakter disebalik suka menjaga kanak-kanak ini?
Nak Uji Kecenderungan Sosial.
Kalau anda nak tahu, soalan ini berada dalam kategori sosial.
“Tapi kenapa kategori sosial cikgu?”
Sebab soalan ini mencerminkan karakter:
👉 menunjukkan minat terhadap berinteraksi dengan orang lain.
👉 menggambarkan keinginan untuk membantu, membimbing, atau menyokong individu lain, terutama kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan bimbingan.
Di mana kecenderungan ini sangat menepati karakter bagi jawatan yang memerlukan kecenderungan sosial, termasuklah jawatan seorang guru.
“Maksudnya kat sini, saya kena pilih jawapan YA ke cikgu”.
Tak semestinya, sebab ujian UKCG hanya nak tahu karakter sebenar diri anda sahaja. Jawapan itu nanti bergantung kepada karakter diri anda sendiri.
Jika anda pilih jawapan YA, akan trigger satu signal sosial dalam profil personaliti anda nanti. Jika anda pilih jawapan TIDAK, akan jadi sebaliknya.
Antara Soalan Popular.
Kalau anda nak tahu, dalam ujian psikologi, soalan tentang suka menjaga kanak-kanak adalah antara soalan popular yang digunakan untuk menilai kecenderungan sosial seseorang.
Walaupun sesuatu soalan itu tidak berkait langsung dengan skop tugas seorang guru, tak bermaksud soalan itu tidak berkait dengan karakter seorang guru.
Ujian psikologi adalah tentang karakter. Keyword dekat sini ialah apakah karakter disebalik soalan yang ditanya.

Saya ada kongsikan lagi soalan tentang hobi dan cita-cita, yang sangat mencerminkan karakter seorang guru. Nanti boleh klik butang di bawah untuk download.
